Jurnal Pertanian dan Penternakan Online

Informasi dan jualan produk pertanian, penternakan dan perikanan.

Arkib bagi Kategori ‘kambing’

Pusat kambing RM10 juta dirancang

Posted by integratedfarm di Julai 30, 2008

KUALA LUMPUR 29 Julai – Sebuah pusat penyelidikan dan teknologi kambing bernilai RM10 juta dirancang dibina di Serating, Marang, menerusi inisiatif perladangan ternakan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pusat penyelidikan itu, Taman Teknologi Kaprima Bestari, akan dibangunkan di kawasan 10 hektar dalam kawasan Taman Pengeluaran Makanan Kekal, kata Sekretariat ECER dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Langkah itu bertujuan mencapai sara diri bekalan daging kambing memandangkan negara memerlukan 10 juta kambing setahun.

Malaysia kini mengimport kambing, kebanyakannya dari Australia.

Taman teknologi kambing, yang akan dibangunkan dan diurus oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPHT), akan mengumpul maklumat dan menjalankan penyelidikan mengenai pembiakan kambing selain memodenkan industri penternakan kambing negara, dengan ECER sebagai hab utama, katanya.

“Taman Teknologi itu disasarkan menjadi pusat penyelidikan dan maklumat untuk penternak kambing, terutama di Asia,” kata Pengarah JPHT Dr Azizol Mohd Sharun.

“Kami akan memperkenalkan teknologi dan teknik terbaru dari luar negara.

Teknologi baru itu akan membantu penternak meminimumkan kos pengeluaran selain mendapat pulangan yang lebih baik.

Sementara itu, para penternak dan mereka yang berminat terhadap industri berkenaan, boleh mengikuti kurus penternakan kambing, katanya.

“Kami menjangkakan taman kambing itu akan menawarkan prospek ekonomi yang lebih baik dan peluang pekerjaan kepada usahawan dan graduan tempatan dalam bidang kajian yang berkaitan.” Taman teknologi kambing itu akan dilengkapi rumah ladang, pusat penyembelihan mini, kilang pemprosesan baja, restoran, dewan pameran pengeluaran, masjid, dan asrama pekerja.

Selain aktiviti penyelidikan dan penternakan kambing, taman itu juga bersedia menerima pelancong serta mesra kanak-kanak, di mana mereka membolehkan memegang dan memberi kambing makan.

Terengganu menyasarkan lebih 3.5 juta pelancong ke negeri itu tahun ini.

Kebanyakan destinasi pelancongannya disasar untuk pencinta alam semula jadi dan taman kambing ini dijangka turut mendapat perhatian pelancong.

Penggunaan perkapita negara bagi daging kambing meningkat daripada 0.67kg pada 2006 kepada 0.74kg pada 2007.

Malaysia secara tradisinya merupakan pasaran eksport terbesar Australia, mengimport kira-kira 15,000 tan daging kambing dan 50,000 ekor kambing.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ECER disasar menambah aktiviti penternakan kambing sebanyak tujuh peratus dalam tempoh lima tahun bagi memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa yang semakin meningkat.

Ia akan memberi tumpuan terhadap kambing yang menghasilkan daging yang tinggi bagi menggantikan ternakan tempatan.

Bagi mencapai matlamat 35 peratus sara diri dalam pengeluaran kambing menjelang 2015, ia memerlukan 18,000 ekor kambing tambahan.

Sasarannya ialah ECER menghasilkan 2,020 tan metrik pada 2020, katanya.

Penternakan kambing di Malaysia melibatkan 75 peratus penternakan tradisional manakala 15 peratus diusahakan separuh komersial dan 10 peratus lagi membabitkan ladang komesial.

(di petik dari Utusan Online )

Dikirim dalam artikel, kambing | Leave a Comment »

Insentif RM213 juta bantu penternak

Posted by integratedfarm di Julai 28, 2008

RAWANG 27 Julai – Kerajaan memperuntukkan RM213 juta dalam bentuk insentif pengeluaran kepada para penternak lembu, kambing dan ayam bagi membantu mereka menyerap kesan kenaikan harga minyak.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pengagihan insentif kepada penternak yang berdaftar dengan kementeriannya akan dilaksanakan bermula bulan depan hingga Disember ini.

Katanya, menjadi keutamaan untuk menerima insentif itu ialah penternak berskala kecil.

“Insentif ini adalah untuk menampung sebahagian daripada kos pengeluaran yang semakin meningkat seperti harga makanan palet.

“Semua penternak berdaftar akan menerimanya, sebagai contoh 21,000 penternak kambing di seluruh negara namun yang paling ramai ialah penternak ayam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat ladang ternakan kambing dan makmal bioteknologi milik Ar Raudhah Bio-Tech Farm Sdn. Bhd. (Ar Raudhah) di sini hari ini.

Syarikat berkenaan melaburkan RM1 juta untuk membangunkan makmal berkenaan dan ia merupakan satu-satunya ladang milik swasta yang mempunyai kepakaran melakukan permanian beradas dan pemindahan embrio kambing di negara ini.

Mengiringi beliau dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin dan Pengerusi Ar Raudhah, Datuk Bistamam Ramli.

Mustapa berkata, jumlah insentif yang akan diterima setiap penternak yang layak adalah berbeza berdasarkan jenis perusahaan dan kapasiti pengeluarannya.

Katanya, pengusaha ternakan ayam yang memiliki lebih 20,000 ekor ayam bagaimanapun tidak layak menerimanya manakala penternak lembu dan kambing tidak tertakluk kepada jumlah haiwan ternakan.

“Antara contoh jumlah insentif ialah penternak lembu susu yang menghasilkan 50 liter susu setiap hari akan menerima RM300 sebulan.

“Bagi penternak yang mengeluarkan daging 30 ekor lembu fidlot pada setiap tiga bulan, mereka layak menerima RM3,000,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap lebih banyak syarikat swasta membuat pelaburan dalam bidang ternakan kambing untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap daging import.

Katanya, pada masa ini negara hanya memiliki 300,000 ekor kambing dan pada tahun 2015 kerajaan meletakkan sasaran untuk meningkatkannya kepada 1.1 juta ekor.

(dipetik dari utusan malaysia online)

Dikirim dalam artikel, kambing | Leave a Comment »

RUMPUT TERNAKAN BAWA PULANGAN LUMAYAN

Posted by integratedfarm di Julai 23, 2008



KUALA KANGSAR 2 Julai – Keberanian seorang bekas ketua kampung, Mustafa Ahmad, 41, memajukan tanah terbiar seluas 4.5 hektar dengan tanaman rumput jenis Napier Taiwan kini mula berbaloi dan membuahkan hasil lumayan.
Walaupun tanah yang terletak di ‘pulau jadian’ di Sungai Perak di Kampung Senawar itu mengandungi 80 peratus pasir, tetapi ia tidak menghalang hasrat menebal usahawan ini untuk menjadikannya sebagai sebuah ladang yang subur.
Berbekalkan keyakinan tinggi terutama sekali selepas melupakan dunia kontraktor kelas F, beliau mengikuti pelbagai kursus pertanian dan haiwan termasuk tanaman rumput ini.
Menurut Mustafa, rumput Napier Taiwan yang diusahakan sejak empat tahun lalu itu menunjukkan hasil memberangsangkan kerana tumbuhan itu cepat membesar dan boleh dituai dalam masa 30 hingga 40 hari sahaja.
Kata beliau, tanaman kontan berkenaan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Kangsar bagi tujuan penghasilan makanan binatang ternakan.
”Dengan menggunakan teknologi Thailand serta baja berprotein tinggi, saya berjaya menghasilkan rumput Napier yang mempunyai daun selebar 2.5 sentimeter walaupun saiz biasa cuma 1.5 sentimeter.
”Melihat hasil tanaman yang begitu subur ini saya rasa cukup puas kerana pengorbanan menumpukan usaha ini sudah mula membawa pulangan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini kelmarin.
Mustafa memberitahu, tanaman berkenaan kini sudah mula dijual di pasaran yang semakin meluas dengan batangnya dijual pada harga RM1.60 sekilogram dan daun hijaunya berharga 10 sen sekilogram.
Menurutnya, dengan harga tersebut beliau kini boleh tersenyum lebar apabila sudah mampu memperoleh pendapatan sekitar RM12,000 sebulan.
Kata beliau, rumput Napier yang ditanamnya itu mempunyai protein antara 13 hingga 14 peratus berbanding dengan rumput tempatan yang cuma mengandungi antara 9 hingga 10 peratus protein.
Jelas beliau, ia menjadikannya sebagai tanaman yang cukup sesuai untuk makanan binatang ternakan seperti kerbau, lembu, kambing, rusa, ayam belanda dan burung unta.
Katanya, benih dan daun Napier yang ditanamnya bukan sahaja mendapat pasaran di sekitar negeri Perak malahan juga mendapat tempahan dari Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Kelantan.
”Pada peringkat awal memang agak sukar bagi saya mengusahakan tanaman ini kerana keadaan tanah berpasir dan penuh dengan tumbuhan liar.
”Saya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan agak besar iaitu sekitar RM20,000 untuk modal keseluruhan termasuk membersihkan tanah ini tetapi berbaloi kerana sekarang ia sudah jadi ladang rumput yang begitu menghijau,” katanya.
Mustafa berkata, oleh kerana projek tanamannya itu telah mula menunjukkan kejayaan maka beliau sedang berusaha memperkembangkan usaha penanaman rumput itu di satu lagi kawasan seluas 4.5 hektar di Kampong Jerlun tidak jauh dari projek pertamanya.
Katanya, ia bagi membolehkan beliau mencapai hasrat sebenarnya iaitu untuk menghasilkan palet makanan ternakan daripada rumput Napier.
”Saya guna bahan campuran terdiri daripada Napier Taiwan, sagu rumbia, hampas kacang soya, gula merah, garam galian, 20 jenis rumput tempatan, starbio, protein ikan dan beberapa campuran lain.
”Daripada kajian yang saya lakukan palet ini mampu mencegah penyakit kerana mempunyai daya tahan berprotein asli,” ujarnya yang mendapat bantuan kewangan sebanyak RM131,000 daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana bagi membina kilang tersebut di Talang.
Katanya, dengan menggunakan mesin yang diimport dari China, kilangnya itu nanti mampu menghasilkan palet bermutu tinggi dengan harga 35 sen sekilogram berbanding dengan palet lain berharga 55 sen.
Jelasnya, palet tersebut lebih istimewa kerana boleh juga digunakan untuk makanan ternakan ikan dan sesiapa yang berminat bagi mendapatkan bekalan palet itu rumput Napier boleh menghubunginya di talian 012-5049000.
(Ihsan dari Portal Usahawan Tani)

Dikirim dalam artikel, kambing | Leave a Comment »

Berbakti kepada tanah beri hasil lumayan- utusan online

Posted by integratedfarm di April 29, 2008

Konsep ‘integrated farming” menjimatkan….

BATU PAHAT 28 April 2008- Berbakti kepada tanah memang tidak pernah merugikan pengusahanya malah mampu memberi hasil lumayan.

Berpegang kepada keyakinan itu, Abdul Khalid Baba, 46, menceburi bidang tersebut secara serius lebih 10 tahun lalu dengan usaha menanam kelapa sawit.

Beliau kemudiannya meningkatkan lagi usahanya dalam bidang itu apabila menyelenggara dan menurunkan buah kelapa sawit milik sebuah ladang di Kluang.Menurut petani gigih itu, usaha itu berjaya dan semakin berkembang dan kini beliau mempunyai seramai 19 pekerja yang kesemuanya buruh dari Indonesia.Katanya, hasil keuntungan yang dikumpul daripada usaha tersebut telah dikembangkan pula dengan menceburi penanaman buah naga di tanah seluas tiga hektar di Kampung Chamek kira-kira tiga tahun lalu.

“Bermula 2 Februari tahun lalu pula saya meluaskan lagi kegiatan dengan menternak kambing Boer yang kini berjumlah 86 ekor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Abdul Khalid berkata, ladang buah naga tersebut diusahakan dengan modal asal berjumlah RM15,000 untuk setiap 0.6 hektar dan ladang itu kini mampu mengeluarkan hasil sebanyak 800 kilogram hingga satu tan sebulan. Katanya, dengan harga di ladang sekitar RM2.45 sekilogram, ladang itu mampu memberikan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan bagi setiap sehektar. “Sementara ternakan kambing yang diusahakan di ladang buah naga pula setakat ini baru sahaja bermula dan belum lagi di peringkat menjual benih atau daging,” katanya.

Abdul Khalid memberitahu, ternakan kambingnya kini lebih berfungsi sebagai ‘mesin pelupus’ kerana daun-daun buah naga yang tidak berfungsi mengeluarkan hasil akan dicincang-cincang menjadi makanan kambing. Beliau berkata, hasilnya kambing-kambing miliknya mampu menghasilkan baja organik daripada najis haiwan itu sekitar 100 kilogram sehari atau tiga tan sebulan.

Katanya, dengan jumlah itu jika ia diproses sebagai baja organik ia mampu menghasilkan pendapatan berjumlah RM24,000 sebulan. “Bagaimanapun, setakat ini najis-najis kambing digunakan sendiri untuk membaja pokok-pokok buah naga dan dengan sendirinya ia dapat menjimatkan kos pengeluaran,” ujarnya.

Abdul Khalid yang pernah menyertai kursus pertanian secara intensif di Pusat Latihan Pertanian Ayer Hitam berkata, salah satu rahsia kejayaannya ialah kerana menggunakan kaedah Efektif Mikroorganisma (EM) sejak awal usahanya.Beliau berkata, kaedah itu dapat menjimatkan kos input ladang dan peningkatan hasil sekitar 20 peratus.

“Tanpa EM ini rasanya saya tidak akan tahan berada di tengah-tengah ladang dan kandang kambing kerana kaedah ini mampu menyediakan persekitaran yang bersih dan nyaman,” katanya.

Malah, Abdul Khalid menganggap ladang itu sebagai tempat beliau menghiburkan hati selepas penat menjalankan peniagaan menyelenggara dan mengambil buah kelapa sawit di kawasan berdekatan.

Dikirim dalam artikel, kambing | Leave a Comment »

Menjamu selera depan kandang kambing – Utusan Online

Posted by integratedfarm di April 29, 2008

BATU PAHAT 26 April 2008 – Menjamu selera di hadapan kandang kambing?

Mungkin ramai yang akan menolak pelawaan itu kerana ia nyata bukan ‘lokasi’ sesuai untuk menjamu selera.

Namun orang ramai yang melawat ladang buah naga atau lebih popular dengan panggilan buah pitaya milik usahawan tani, Abdul Khalid Baba di Kampung Chamek, Kluang dekat sini, akan dijemput untuk menjamu selera di hadapan sebuah kandang kambing.

Situasi ini boleh dianggap ‘istimewa’ kerana tetamu dijemput menikmati hidangan di hadapan kandang yang mempunyai 86 ekor kambing Boer.

Antara yang turut dijemput menikmati hidangan di situ ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd. Aziz Kaprawi dan Pengarah Pertanian Johor, Adnan Mat Kassim ketika mengadakan lawatan ke ladang berkenaan baru-baru ini.

Menurut Pegawai Pertanian Kluang, Samat Mohd. Yusuf, lokasi itu sengaja dipilih untuk menjamu selera bukan bertujuan menghina tetamu, sebaliknya untuk membuktikan keberkesanan kaedah Efektif Mikroorganisma (EM) yang dipopularkan dalam sektor pertanian di Johor sejak dua tahun lalu.

Katanya, kaedah itu amat baik untuk digunakan dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan kerana mampu mengurangkan kos serta meningkatkan hasil kepada 20 peratus.

“Yang penting penggunaan kaedah EM mampu mewujudkan alam sekitar yang sihat dan bersih.

“Ternakan kambing dan ladang buah pitaya milik Abdul Khalid ini menggunakan kaedah EM dan sebab itulah ia bersih dan langsung tidak berbau hingga kita boleh menikmati hidangan tanpa rasa jijik dan risau akan dikerumuni lalat,” katanya.

Menurutnya, walaupun telah terbukti berkesan masih ramai petani merasa ragu-ragu dan enggan menggunakan kaedah berkenaan.

Beliau berkata, kaedah yang sedang dipopularkan J-Biotec tersebut sebenarnya lebih murah dan mampu memperbaiki keadaan tanah dan keadaan sekeliling termasuk mutu air parit dan sungai.

Katanya, ia murah kerana ia tidak menggunakan racun dan baja kimia, tetapi memadai dengan baja organik serta kompos yang boleh dihasilkan daripada najis ternakan, buah-buahan dan sayuran yang rosak dan dibuang di ladang itu.

Dikirim dalam artikel, kambing | Leave a Comment »

Sedutan 1:Kenali Penyakit Ternakan kambing

Posted by integratedfarm di Mac 26, 2008


Kepada semua peserta kursus Al-barakah anjuran Bank PErtanian Malaysia,tuan/puan boleh lihat secara penuh di laman terhangat interxpose di sebelah kanan dan ‘click’ livestock information utk melihat pelbagai video tani dan ternak. Semoga anda semua dapat manfaatnya.

Dikirim dalam kambing, Video | Leave a Comment »

PUSAT INKUBATOR TERNAKAN KAMBING

Posted by integratedfarm di Mei 30, 2007

Pusat inkubator ini telah beroperasi tahun 2006 dengan 12 peserta. Caranya peserta yang berminat akan membeli kambing betina 10 ekor dengan syarikat dan menyewa kandang/lot yang disediakan dengan bayaran tertentu secara bulanan. Kambing Pejantan, syarikat yang sediakan.Pasaran boleh diuruskan oleh pihak syarikat atau peserta itu sendiri. Segala anak yang lahir dan penjualan kambing tersebut adalah milik peserta sepenuhnya. Kontrak perjanjian disediakan. Beberapa pakej disediakan . Objektifnya untuk mereka yang tiada tanah atau baru nak berjinak dalam industri kambing ini belajar dan melihat peluang yang ada. Setelah berjaya, mereka boleh berpindah ke tempat mereka sendiri dan kami akan membimbing untuk mendapatkan subsidi dan peluang-peluang lain.Berminat dan ingin maklumat lanjut, boleh hubungi 012-2327879 atau 019-2272127.Tempat adalah sangat terhad.Buat masa ini InterXpose hanya menawarkan Pusat Inkubator di Melaka dan terbaru di Hulu Langat,Selangor sahaja.Selain dari itu,tidak ada, jangan tertipu dengan penggunaaan nama syarikat interxpose untuk kawasan lain.Harap maklum.

Dikirim dalam kambing | 1 Komen »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.