Jurnal Pertanian dan Penternakan Online

Informasi dan jualan produk pertanian, penternakan dan perikanan.

Kursus praktikal intensif ternakan kambing dan lembu 2011

Posted by integratedfarm di Mei 26, 2011

untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kursus tersebut.sila layari http://integratedfarm.blogspot.com atau hubungi saya di talian 0192272127. Lokasi kursus di Melaka. Kursus ini lebih banyak kepada praktikal.

Hisham

Posted in Uncategorized | Di tag: , , , , | Leave a Comment »

Ternakan Puyuh Giat Dijalankan

Posted by integratedfarm di Mac 22, 2010

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Ternakan puyuh kini giat bertumpu di Pantai Timur, dengan para penternak di Felda Jengka 15, Bandar Jengka, Pahang, terus meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap burung puyuh.

Sejak 1995, permintaan untuk burung puyuh telah melonjak 20 hingga 25 peratus setahun, kata sektretariat Wilayah Ekonomi Pantai Timur dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata di bawah pelan induk ECER, salah satu aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan para peneroka kelapa sawit ialah menerusi aktiviti ternakan secara integrasi di dalam kawasan ladang sawit.

“Para peneroka Felda telah mengorak selangkah ke hadapan bagi memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat untuk daging dan telur puyuh,” katanya.

ECER berkata seorang peneroka, Samad Puhalus, 56, yang telah menternak burung puyuh sejak lapan tahun lepas memaklumkan ternakan burung puyuh merupakan perniagaan yang menguntungkan, sekali gus mendorong beliau meningkatkan pengeluaran bulanan kepada 10,000 ekor burung.

“Pada mulanya, saya menternak burung puyuh secara sambilan bagi menambah pendapatan keluarga. Setelah setahun mengusahakannya, permintaan pelanggan telah menyebabkan saya menternak burung puyuh secara komersil.

“Ternakan puyuh terbukti amat menguntungkan, sama seperti menternak haiwan lain. Sokongan yang diberikan oleh Felda juga sangatlah menggalakkan,” kata beliau.

Menurut ECER, Samad telah menerima pinjaman sejumlah RM9,000 daripada Felda bagi memulakan aktiviti menternak puyuh dan jumlah itu telah dibayar semula dalam tempoh enam tahun.

“Daging puyuh boleh dijual antara RM13 dan RM15 sekilogram, sebiji telur puyuh dijual pada harga 10 sen manakala anak puyuh dijual pada harga 60 sen dan RM2.50 seekor,” katanya.

Permintaan terhadap burung puyuh di peringkat antarabangsa juga semakin meningkat.

Di Abu Dhabi, Al Semman Farm di Al Ain yang mengeluarkan 15,000 ekor burung puyuh seminggu memaklumkan yang ia akan meningkatkan pengeluaran lebih tiga kali ganda bagi memenuhi permintaan pelanggan di Emiriyah Arab Bersatu sahaja, katanya.

Ladang berkenaan mensasarkan akan meningkatkan pengeluaran kepada 50,000 ekor seminggu dan dijangka menambahnya kepada 200,000 ekor burung puyuh sebulan menjelang akhir tahun ini.

“Di Perancis, Itali, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Amerika Selatan seperti Brazil dan Chile serta di rantau Asia, daging puyuh merupakan pilihan makanan.

“Ia terutamanya enak direbus menggunakan arang. Salah sebuah syarikat di Sepanyol memproses 20 juta burung puyuh untuk daging setahun,” katanya.

ECER berkata Malaysia telah memulakan projek bagi menghasilkan baka burung baru, kacukan antara ayam jantan dan buruh puyuh betina.

Sementara itu, Zainal Mohd Noor dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Kuala Lumpur sedang mencipta “strain” yang menghasilkan telur dan daging yang berkualiti daripada gabungan baka kedua-dua haiwan berkenaan.

Baka burung baru ini bakal mempunyai saiz antara ayam dan burung puyuh yang mana ia merupakan saiz yang sesuai untuk hidangan makanan.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Blue Archipelago labur RM150j perluas operasi

Posted by integratedfarm di Ogos 26, 2009

BLUE Archipelago Bhd, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd yang menguruskan ladang ternakan udang harimau di Kerpan, Air Hitam, Kedah, akan meluaskan operasinya dengan membuka ladang ternakan di Setiu, Terengganu membabitkan pelaburan RM150 juta.

Ketua Eksekutifnya, Dr Shahridan Faiez, berkata ladang ternakan itu beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun depan.

Beliau berkata, ia akan meningkat kapasiti penghasilan udang syarikat itu kepada 15,000 tan setahun daripada 3,000 tan dan dijangka menjana pendapatan RM100 juta setahun.

“Ladang ternakan itu akan dimajukan di tapak seluas 1,000 hektar yang mampu menghasilkan 15,000 tan udang setahun. Dengan kapasiti yang besar itu kami bukan saja mampu memenuhi permintaan di pasaran tempatan, tetapi juga eksport,” katanya di Petaling Jaya, semalam.

Beliau ditemui selepas seminar ‘Tinjauan Pasaran Udang dan Makanan Laut di Amerika Syarikat (AS)’ yang menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh Naib Presiden Kanan bagi Inovasi Rantaian Belian dan Bekalan Darden Restaurants, Bill Herzig.

Blue Archipelago mengambil alih operasi dan pengurusan ladang ternakan udang harimau bersepadu milik Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB) secara pajakan selama 30 tahun.

Sebagai persediaan menghasilkan udang bermutu tinggi untuk pasaran eksport, Shahridan berkata, syarikat itu sedang membina kemudahan pemprosesan udang di Kedah, membabitkan pelaburan RM20 juta.

Kemudahan yang mampu memproses udang sebanyak 20 tan sehari itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

“Tumpuan kami bukan saja untuk mengeluarkan udang harimau bermutu tinggi, tetapi juga dengan jumlah yang besar dan tetap serta memenuhi keperluan pelanggan yang juga berkualiti dari Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.

“Untuk tujuan itu, kami bukan saja membina kemudahan pemprosesan yang lengkap, tetapi juga membuat sendiri rekaan kemudahan mengikut ciri keperluan pelanggan termasuk menerapkan amalan pengeluaran yang baik (GMP),” katanya.

Sementara itu, Herzig berkata, Darden Restaurants adalah pengendali restoran makanan laut secara hidangan terbesar di dunia dengan rangkaian 1,700 buah restoran termasuk di Kanada dan Jepun.Syarikat itu, katanya sedang berusaha mengembangkan rangkaian operasinya, terutama di Asia.

Syarikat yang sudah beroperasi sejak 1968 itu menjana pendapatan tahunan AS$7.2 bilion setahun dengan purata pelanggan kira-kira 400 juta orang setahun.
Sumber:Berita Harian

Posted in udang | Di tag: | Leave a Comment »

Negeri Sembilan tingkat sasaran hasil RM20j tahun depan

Posted by integratedfarm di Ogos 26, 2009

KUALA PILAH: Udang galah keluaran tempatan kini menjadi rebutan bukan saja di pasaran tempatan malah Singapura dan Thailand kerana rasanya yang segar dan manis.

Kelebihan itu menyebabkan udang galah mendapat permintaan menggalakkan di pasaran tempatan dan luar negara dengan harga yang tinggi antara RM35 hingga RM45 sekilogram.

Bagi memenuhi permintaan itu, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, menetapkan sasaran menghasilkan satu juta tan udang galah bernilai kira-kira RM20 juta menjelang tahun depan sekali gus menjadikan negeri ini sebagai hab industri penternakan udang galah terbesar di negara ini.

Tahun lalu, sebanyak 650,000 tan udang galah dihasilkan dengan nilai mencecah RM11 juta, sekali gus mengatasi jumlah pengeluaran Perak yang sebelum ini adalah pengeluar terbesar udang galah.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Wan Muhammad Aznan Abdullah, berkata pihaknya sudah merangka program bersepadu untuk meningkatkan pengeluaran udang galah sejajar dengan sasaran pengeluaran satu juta tan tahun depan sekali gus mampu memenuhi permintaan yang kian meningkat di pasaran.

“Program itu termasuk menambah bilangan pengusaha dengan menarik lebih ramai pelabur dan usahawan, selain mewujudkan kawasan penetasan benih dan menambah kolam penternakan di setiap daerah di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat, berkata kerajaan negeri membuka satu kawasan khas penetasan benih udang galah di kawasan Sungai Timun-Sungai Linggi, dekat Rembau, bagi membantu menampung permintaan hingga kira-kira 15 juta benih setahun.

“Ketika ini, penternak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan benih kerana proses pembenihan di negeri ini sekarang hanya mampu mengeluarkan 4.3 juta benih udang galah setahun.

“Kita berharap pembukaan kawasan pembenihan itu dapat menampung keperluan penternak serta pengusaha sekali gus melonjakkan stok pengeluaran udang galah seperti yang disasarkan jabatan,” katanya.
Sumber:Berita Harian

Posted in udang galah | Di tag: | Leave a Comment »

Kebun Anggur di Daerah Manjung, Perak

Posted by integratedfarm di Ogos 26, 2009

Pokok anggur boleh ditanam di kawasan Lekir, Sitiawan.  Kebun anggur yang seluas 1 ekar ini telah mula diusahakan oleh Puan Siti Saloma mulai November 2006.  Beliau telah menanam pelbagai koleksi tanaman anggur yang terdiri dari varieti White Malaga, Isabella Madu, IAC, Thompson Seedless, Black Rose dan lain-lain.

Penanaman pelbagai  varieti anggur ini dibuat untuk mengenalpasti varieti yang paling sesuai untuk diusahakan di Daerah Manjung ini.  Pemerhatian yang telah dilakukan mendapati bahawa tanaman anggur varieti White Malaga memberikan hasil yang lebih baik berbanding varieti-varieti anggur yang lain.

Saloma Vineyard And Nursery Lekir

Lawatan ke Kebun Anggur


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:-

SALOMA VINEYARD AND NURSERY
Lot 2658, Belakang Restoran
Batu 6, Lekir
32020 Sitiawan
Perak Darul Ridzuan.
Tel:  +605-6793042 (R) 017-5688642 (H/P)
Emel:  sitisaloma@yahoo.com
Laman Web:  http://www.geocities.com/sitisaloma

   

Pengusaha Anggur

 

Anggur yang baru dipetik   Isabella Madu

 

   
Semaian Anggur Kebun Anggur   Sedang Berbuah  

Posted in Anggur | Di tag: , | Leave a Comment »

Siswazah tekad ternak landak

Posted by integratedfarm di Ogos 25, 2009



 

Menternak landak? Biar betul? Mungkin itu adalah respons yang akan diberikan oleh orang ramai sambil mengerut dahi jika kita memberitahu mereka yang kita telah melibatkan diri dalam ternakan landak.

Ketika ramai yang memilih menternak haiwan yang menjadi makanan pilihan orang atau sajian harian seperti ayam, lembu atau kambing, menjadikan landak sebagai komoditi ternakan, sememangnya mengundang persoalan.

Apatah lagi, landak merupakan haiwan eksotik dan dilindungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan adakah menternaknya juga merupakan satu kesalahan?

Sebenarnya, walaupun landak bukan merupakan makanan popular tetapi harga makanan berasaskan haiwan itu seperti sup dan daging segarnya agak mahal.

Dilaporkan bahawa semangkuk sup daging landak mampu mencecah RM10 dan pasaran daging segarnya mencecah RM60 sekilogram.

Pernah seseorang memberitahu yang daging landak manis dan lembut, kadangkala rasanya seperti daging arnab.

Namun, itu pendapat mereka yang pernah menikmati daging landak tetapi bagi yang cerewet kepada makanan, barangkali tanggapan daging landak sedap sukar dipercayai.

Masalah lain ialah berkaitan satu mitos yang mengatakan bahawa duri landak akan dilepaskan ke arah mana-mana objek yang mengancamnya sedangkan tidak ada bukti ia benar-benar pernah berlaku.

Ia hanya mengembangkan durinya yang dikatakan berjumlah 30,000 pada setiap ekor apabila terancam dengan menadah bahagian belakang apabila diancam.

Selain itu, dengan mengetahui bahawa landak atau nama saintifiknya Hystrix bracyura adalah haiwan yang tergolong dalam keluarga tikus, mungkin ramai yang tidak sanggup mendekati haiwan ini apatah lagi menternaknya.

Bagi sesetengah orang, itu semua tidak menjadi masalah kerana ternakan landak adalah dibolehkan dan daging landak juga tidak diharamkan oleh agama.

Namun landak, yang mempunyai banyak jenis namun spesies yang popular ialah landak raya dikatakan sukar untuk melahirkan anak kerana mempunyai masalah pembiakan.

Biasanya seekor landak betina jenis landak raya beranak lima kali dalam tempoh dua tahun dengan jumlah antara seekor atau dua ekor sekali beranak.

Dengan sifat pembiakan yang demikian dan minat orang ramai yang masih rendah, maka ia dijadikan sebagai satu cabaran kepada sebuah syarikat penternakan bumiputera untuk mencuba projek ternakan tersebut.

Tujuh siswazah

Syarikat terbabit, Bahtera Ternak yang sudah memulakan ternakan landak awal tahun ini dianggotai tujuh siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM), bertekad mempopularkan ternakan landak sebagai industri baru dan hidangan berkhasiat pada masa akan datang.

Mereka memperoleh permit daripada Perhilitan pada November tahun lalu selepas membentangkan kertas kerja cadangan menternak landak.

Mereka berpendapat mampu mengharungi cabaran memajukan projek penternakan landak tersebut dengan bantuan Perhilitan kerana mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan.

Dengan modal awal sebanyak RM120,000, mereka yang berkelulusan dalam pelbagai bidang termasuk arkitek, pertanian menaruh azam yang kuat untuk menjayakan projek tersebut.

Dengan segenggam tekad, mereka membuka kawasan ternakan seluas 0.8 hektar (dua ekar) di Kampung Kapal, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Kawasan tersebut dibangunkan dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian untuk menjalankan projek ternakan termasuk membina tujuh unit rumah pekerja, dua unit paddock, dan kandang untuk menempatkan 66 ekor landak.

Menurut Pengerusi Bahtera Ternak, Rathuan Md. Som, meskipun kesemua rakan kongsi mempunyai pekerjaan tetap, mereka komited dan sepakat untuk menjadikan projek ternakan landak tersebut berdaya maju.

“Ia berdasarkan ternakan ini belum diterokai sepenuhnya dan setakat ini hanya ada tiga atau penternak yang melibatkan diri.

“Berdasarkan kajian kami dan bantuan Perhilitan, daging landak mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi,’’ ujarnya.

Harga daging landak menjadi tinggi kerana ia dikatakan mendapat tempat di pasaran Hong Kong, China, Singapura dan Thailand.

Berdasarkan faktor-faktor tersebut, pihaknya yakin ia mempunyai prospek cerah untuk dimajukan.

Tambahan pula pengurusan ternakan landak tidak terlalu rumit.

“Landak makan pisang, ubi kayu, buah kelapa sawit, sayur, rumput serta hampas kacang soya.

“Kami juga beri makan pelet sekali sekala,’’ katanya sambil menambah ternakan diberi makan dua kali sehari.

Landak, kata beliau, diberi makan makanan semula jadi tanpa campuran kimia bagi mengekalkan kualiti dagingnya.

Beliau berkata, projek ternakan yang sedang dijalankan sekarang menunjukkan perkembangan positif dengan bantuan pegawai Perhilitan.

Perlu lesen

Menceritakan lanjut bagaimana hasrat menternak itu bermula, Rathuan berkata, pihaknya perlu terlebih dahulu memohon lesen daripada Perhilitan untuk menangkap landak pada kadar yang ditetapkan untuk dijadikan baka.

Landak mempunyai tabiat aktif pada waktu malam, makan yang kerap dan aktif mengawan. Seekor landak mampu melahirkan anak antara dua dan tiga ekor sekali beranak.

Landak diternak dengan menggunakan sangkar dinding konkrit dan bahagian depannya besi jeriji dengan setiap sangkar boleh diletakkan seekor atau dua ekor (sepasang).

Sementara itu menurut Pengarah Bahtera Ternak, Nurul Azam Haron, mereka yakin jika industri ternakan landak berjaya dilaksanakan, maka daging landak akan lebih popular.

“Kami akan memasarkan daging landak ini sekiranya ternakan mencapai lebih 100 ekor dan menyasarkan jumlah sehingga 1,000 ekor dalam jangka panjang,’’ ujarnya.

Menurut Rathuan pula, kawasan tersebut juga akan dimanfaatkan untuk ternakan kambing pada masa akan datang bermula dengan jumlah yang kecil.

Menurutnya, penglibatan mereka dalam bidang ternakan bertujuan mahu menyumbang kepada perkembangan industri yang sihat dan sebagai sumber makanan.

Syarikat tersebut boleh dihubungi di talian 012-2132401.

Petikan dari utusan online: Oleh laupa junus
laupa.junus@utusan.com.my

Posted in artikel, ternakan landak | Di tag: | Leave a Comment »

Mesin Mixer/Pengadun untuk buat baja atau makanan ternakan sendiri

Posted by integratedfarm di Ogos 25, 2009

Mesin Mixer/Pengadun untuk buat baja atau makanan ternakan sendiri

mesin pengadun

mesin pengadun

Flat-die series pellet machine Mixer(Pengadun) Stainless Steel – 25kg

 Capacity 20-25kg (Tepung)

Single Phase Electricity

Stainless Steel

Forward & Backward Rotating Action Mix

Weight : ± 80kg

Dimension: 2.5’x 2’x 3’(H)

 PRICE :RM 2,500.00

Interested call 019-2272127

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Mesin Palettizer untuk jualan termurah di pasaran

Posted by integratedfarm di Ogos 21, 2009



2hp(single phase) = RM 3000

– kapasiti 20-60kg/hour
– dimension = 4’x2.5’x3′(t)
– 1 free mould die dia size 6mm(final product)
– kurang tahan panas untuk penggunaan 2 jam secara terus dan
rehat selama 1jam.

5.5hp(3 phase) = RM 4000
– kapasiti 50-100kg/hour
– dimension = 4’x2.5’x3′(t)
– menggunakan gear box yang memberi tekanan lebih kuat.
– 1 free mould die dia size 6mm(final product)
– lebih tahan panas untuk penggunaan 3-5 jam secara terus.

7hp(3 phase) = RM 5300
– kapasiti 100-150kg/hour
– dimension = 4’x2.5’x3′(t)
– menggunakan gear box yang memberi tekanan lebih kuat.
– 1 free mould die dia size 6mm(final product)
– lebih tahan panas untuk penggunaan 3-5 jam secara terus.

Tempoh penghantaran = 2 minggu selepas bayaran deposit 50%

Kaedah pembayaran = T/T payment, cash @ bank in atm.

Mould Tambahan = saiz diameter 2mm, 4mm, 5mm, 6mm, 8mm

= RM 350/unit

Berminat hubungi 019-2272127

Posted in mesin Palletizer | Leave a Comment »

Zamzuree bangkit selepas kecundang

Posted by integratedfarm di Ogos 21, 2009

Seorang pekerja memasukkan telur masin yang siap diproses ke dalam plastik.



MEMANG ramai sebenarnya di dunia ini yang boleh bercerita bagaimana mereka tidak akan berjaya jika tidak menemui kegagalan terlebih dahulu.

Zamzuree Zakaria, 43, ialah seorang daripadanya yang menjadikan pengalaman kecundang sebagai pengajaran amat berguna untuk bangkit semula dan muncul sebagai antara pengimport dan pengeksport lembu secara komersial terbesar di negara ini.

Dengan berbekalkan modal hanya RM40,000 pada tahun 2000, yang sekadar mampu mengimport 28 ekor lembu dari Australia, kini pengusaha lembu yang juga Pengarah Syarikat Mahaderas Sdn. Bhd. ini sudah memiliki aset semasa lebih RM4.9 juta.

”Ini termasuk kandang dan peralatan yang membabitkan kawasan seluas 8.7 hektar di Kampung Jelor, Pasir Puteh,” katanya kepada ketika ditemui di ladangnya di Pasir Puteh, Kelantan.

Zamzuree pemegang Ijazah Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1993 mengambil alih pengurusan perniagaan daripada bapanya Zakaria Awang pada tahun 2003.

Sebelum itu, beliau pernah bekerja di beberapa buah syarikat termasuk Renong Berhad, Kuala Lumpur dan sebuah bank di Kelantan sebelum mengambil keputusan meletak jawatan untuk menceburkan diri dalam perniagaan penternakan.

Bukan mudah bagi Zamzuree untuk mengumpul aset sebesar itu. Anak kepada seorang guru sekolah kampung yang tidak mempunyai asas perniagaan yang kukuh ini mengambil risiko besar meninggalkan pekerjaan kolar putih untuk menceburi bidang perniagaan.

Setahun selepas mengambil alih perniagaan bapanya, beliau menghadapi ujian perniagaannya hampir lumpuh berikutan harga import lembu dari Australia meningkat mendadak kerana nilai mata wang negara menurun.

”Ia halangan terbesar dan perniagaan saya hampir lumpuh sama sekali.

”Saya pernah menerima pelbagai kritikan dan cacian daripada masyarakat di atas kegagalan itu dan saya jadikan ia sebagai tiupan semangat untuk bangkit semula.

“Doa dan harapan saya mendapat keredaan Allah apabila diselamatkan oleh Agro Bank yang meluluskan pinjaman segera berjumlah RM1.4 juta sebagai modal pusingan,” katanya.

Dengan wang pinjaman itu, Zamzuree mula mengalih tumpuan ke arah mengimport lembu dari Selatan Thailand terutama spesies Brahman Cross India.

Kini beliau mengimport kira-kira 12,000 ekor setahun untuk dipasarkan di Semenanjung terutama Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Pahang, selain Kelantan.

Terbaharu, lebih 1,200 ekor lembu bernilai RM2 juta sudah ditempah bermula akhir bulan ini bagi keperluan bulan Ramadan dan Aidilfitri.

”Sebahagian besar daripada jumlah itu sudah tiba dan ditempatkan di ladang syarikat untuk dikuarantinkan selama 10 hari dan diberi suntikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pasir Puteh agar ia selamat dan bebas daripada pelbagai jangkitan penyakit sebelum diedarkan kepada pengguna,” katanya.

Lembu berkenaan dijual dengan harga yang berpatutan iaitu kira-kira RM2,000 seekor dan sehingga kini ia mendapat permintaan yang tinggi terutama pada musim perayaan dan musim cuti sekolah bagi kenduri kahwin.

Zamzuree berkata, berasaskan kejayaan itu beliau mempelbagaikan kegiatan dengan menyertai projek hiliran seperti ternakan 1,300 ekor itik telur spesies khaki campbell untuk memproses dijadikan telur masin.

Dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pasir Puteh, beliau berjaya menghasilkan kira-kira 900 biji telur sehari untuk pasaran domestik dan merancang untuk menghasilkan 10,000 biji untuk dieksport ke luar Kelantan.

Zamzuree juga mengimport dan menternak 200 ekor kambing daging spesies luar negara dan sehingga kini dapat memasarkan 100 ekor sebulan untuk keperluan tempatan.

Bagi keperluan harian, beliau turut menternak 300,000 ekor ikan keli dan mengeluarkan hasil antara 800kg dan 1,000 tan sebulan.

Beliau juga ialah pengeluar terbesar baja organik hasil buangan bahan terbiar seperti najis lembu, kambing dan itik selain campuran bahan kimia bagi penyuburan tanaman jangka pendek dan panjang.

Antara 10 hingga 20 tan sehari mampu dikeluarkan bagi memenuhi keperluan domestik termasuk beberapa buah syarikat di Terengganu.

Di samping itu, Zamzuree juga mempunyai sebuah kolam memancing pelbagai spesies ikan yang membabitkan kawasan seluas 1.8 hektar dan sebuah restoran.

Kolam berkenaan disediakan untuk memberi peluang kepada remaja melibatkan diri dalam aktiviti lebih sihat dengan mengenakan bayaran RM7 sejam.

Setiap bulan beliau mengadakan karnival memancing dengan tawaran hadiah menarik termasuk wang tunai.

Seorang pembeli dari Cheras, Selangor, Mokhtar Ahmad, 35, ketika ditemui di ladang berkenaan berkata beliau sering berurusan dengan syarikat berkenaan disebabkan bekalan lembunya lebih segar.

“Kedatangan saya hari ini untuk membeli lapan ekor lembu bagi bekalan bulan Ramadan,” katanya. – Bernama

Posted in lembu, telur masin | Leave a Comment »

Ambil peluang jadi usahawan

Posted by integratedfarm di Ogos 20, 2009

HASAN Malek melawat ladang Projek Berkelompok AET Ternakan Lembu Fidlot di Ladang Lembu Fidlot Inas, Johol, Negeri Sembilan, semalam.



KUALA PILAH – Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) menerusi Program Ternakan Lembu Fidlot yang digerakkan oleh RISDA di kalangan pekebun kecil mampu melahirkan lebih ramai usahawan di negara ini.

Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, usaha itu hanya mampu dicapai jika peserta beri komitmen yang padu dalam jayakan program tersebut.

“Program Ternakan Lembu Fidlot oleh RISDA bukan saja bertujuan menjana pendapatan tambahan di kalangan orang kampung, tapi pada masa yang sama dapat melatih mereka menjadi usahawan.

“Ia mampu dicapai jika mereka bersungguh-sungguh membabitkan diri dalam aktiviti itu dan tidak lepas tangan dengan menyerahkan semua kerja kepada pihak lain memandangkan ia diadakan berkelompok,” kata beliau.

Beliau berkata demikian setelah merasmikan majlis Penyampaian Dividen Projek Berkelompok AET Ternakan Lembu Fidlot dan Penyerahan Kunci Program Bantuan Rumah (PBR) di Ladang Lembu Fidlot Inas, Johol di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Mohammad Izat Hasan.

Hasan menambah, dalam program tersebut para peserta diberi peluang menguruskan aktiviti perladangan dan pemasaran hasil ternakan mereka secara cekap melalui penyatuan pekebun-pekebun kecil.

“Aktiviti ini mampu memahirkan mereka dalam bidang pengurusan perniagaan agar mereka boleh menceburi perniagaan yang berskala besar. Kerajaan berharap semua peserta merebut peluang ini sebaik mungkin,” kata beliau.

Sementara itu, dalam majlis tersebut 86 peserta dari tiga kelompok Program Lembu Fidlot itu menerima agihan dividen bagi 2008 yang berjumlah RM35,190.

Hasan memberitahu, agihan dividen tersebut yang dibuat secara tunai setiap dua kali setahun diharapkan mampu meringankan beban peserta dalam kehidupan seharian.

“Dividen ini bukti kesungguhan kerajaan membantu mereka diharapkan dapat membantu terutama ketika kita hendak menyambut musim perayaan tidak lama lagi,” tambah beliau.

Dalam majlis yang sama, 20 penduduk kampung menerima bantuan rumah daripada RISDA yang bernilai RM33,000 sebuah.

Mohammad Izat berkata, bantuan rumah tersebut juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah.

“RISDA juga telah mengenal pasti sejumlah 64 orang yang layak untuk mendapat rumah baru dan 33 rumah untuk dibaik pulih di daerah Kuala Pilah dan Jempol.

“Daripada jumlah tersebut, 20 rumah telah siap dan diserahkan kunci pada hari ini,” kata beliau.

Posted in lembu | Leave a Comment »