Jurnal Pertanian dan Penternakan Online

Informasi dan jualan produk pertanian, penternakan dan perikanan.

Vita Cat perluaskan pasaran

Posted by integratedfarm di Jun 30, 2009

KUALA LUMPUR 29 Jun – Pengeluar makanan kucing Halal Malaysia, Edaran Vita Cat Sdn. Bhd., yang telah berjaya menembusi pasaran Dubai baru-baru ini, merancang memperluaskan lagi pasarannya di Timur Tengah.

Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaannya, Halim Baba berkata, syarikat itu bercadang untuk menyertai misi perdagangan anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) hujung tahun ini untuk mendapatkan pasaran baru di sana.

Selain Dubai, Vita Cat juga mengeksport produknya ke Brunei, katanya dalam satu temu bual di luar Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia baru-baru ini.

Ditubuhkan pada bulan April tahun lalu, syarikat itu kini mengeksport sejumlah 15,000 kilogram (kg) pengeluar makanan kucing ke Dubai dan 8,000 kg makanan kucing ke Brunei sebulan.

Untuk pasaran domestik, katanya, dengan bantuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN& HEP), produknya kini telah Berjaya memasuki pasar raya besar seperti Giant, Mydin, Carefour dan juga Jusco.

“Kami baru sahaja memasuki pasaran kesemua pasar raya besar ini dua minggu lalu dan permintaan amat menggalakkan,” katanya, sambil menyatakan satu pasar raya mampu memperolehi jualan sebanyak RM12,000 seminggu.

Sebelum ini, menurut Halim, Vita Cat hanya dipasarkan di pasaran utara tanah air pada harga RM5.50 sepaket bagi 500 gram. Vita Cat adalah makanan kucing termurah yang terdapat di pasaran Malaysia.

“Sebelum ini pasaran kami terhad hanya di utara. Kami hanya bekalkan kepada pihak veterinar di Kangar, Perlis, Kulim dan Alor Setar,” kata Halim.

Dengan permintaan yang semakin menggalakkan dari luar dan dalam negara, Halim berkata, syarikat itu bercadang menambah kapasiti pengeluaran kilangnya.

Kilang yang terletak di Alor Setar itu hanya berupaya menghasilkan 3,000 kg makanan kucing halal sehari.

“3,000 kg yang dihasilkan hanya mampu bertahan untuk seminggu. Kami bercadang untuk membeli mesin bagi menambah kapasiti harian,” katanya.

Mesin baru yang berharga RM1.2 juta itu, katanya mampu menghasilkan kapasiti tambahan sebanyak 9,000 kg sehari.

Katanya, dengan adanya mesin baru itu, Vita Cat juga boleh menghasilkan makanan anjing dan ikan halal.

“Kami memang merancang untuk menghasilkan makanan anjing halal dan sekarang dalam proses menghasilkannya.

“Kami juga telah mendapat permintaan dari Kementerian Pertahanan (Mindef) bagi menghasilkan makanan anjing halal bagi lebih kurang 13,000 anjing kepunyaan kementerian itu,” katanya lagi.

Justeru itu, katanya lebih banyak pengedar diperlukan bagi mengedarkan produknya ke seluruh negara.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar produk Vita Cat ini boleh menghubungi Halim Baba di talian 012-4664080. – BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: